Thursday, June 9, 2016

Felda 30.08.09

Sebelum...





Semasa...





Selepas...







Perihal jiwa muda.

"Nah..sekarang kalo elo ngerasa aneh di tempat tempat ramai kayak gini tu salah siapa? Sekarang gue tanya, salah gue? Terus, kalau elo sekarang nggak punya temen sama sekali kayak sekarang tu salah siapa? Salah gue? Salah temen temen gue, salah gue, gue tanya?" - Cinta, 2002


"Ketika ada yang bertanya tentang cinta,apakah sungguh yang dibutuhkan adalah kemewahan kata2 atau cukup ketidaksempurnaan kita?" - Asun, 2016


"Kenapa hanya aku dan asun je dah tua... Walhal paiseh lagi senior" - Aripsomat, 2016

Wednesday, June 8, 2016

Hikayat Romodhon 2007 (1428H)

Romadhon 2007.

Chezzo masih kurus. Lurus. Rambutnya biru ikal mayang. Magginya disepak orang. RXZ.

Ajay (nama sebenar bagi si Azrie) kini bertindak selaku pewaris VWM setelah ketakhtaan Nadzir Raja si Soya Jagung diserahkan kepadanya melalui taktik perang dingin dan psikologi (i.e. penggunaan elektrik yang membabi buta, gaya hidup housemate yang penuh nista, peti ais yg iceberg melitupi 3/4 isi nya dsb).

Ajay pewaris VWM (2007 - 2009) yg seringkali berterawih hingga ke lewat malam di bulan Romodhon hingga mberi impak negatif kpd kerjayanya pada hari Rabu itu berasa begitu malas utk ke kantornya. Si Chezzo pula masih membuta kesan sahur yg berlebihan di tgh malam dan berkebetulan pula cutinya jatuh di hari Rabu setiap minggu. Maka hari itu mmg ditakdirkan utk mereka menonton wayang bersama.

Adventure dan teruja. Manakan tidak, hampir 2 1/2 dekad mereka hidup di muka bumi, tidaklah mereka pernah menonton wayang di bulan Puasa. Sejarah bakal terukir.

Terus. Langsung aja mereka ke The Curve. Alang2 mahu mengukir memori, harus sesuai venuenya. Apa kelas Galaxy MBO Ampang atau Odeon Raja Laut.

Sebaik saja beratur di kaunter, mereka bingung. "Movie apa yg harus kita tonton?" soal Ajay kpd Chezzo. "Ah beli ajaaaaa," Chezzo menepis kegusaran.

"Encik boleh tonton Vacancy. Thriller. Seram2 gitu." respon si penjaga kaunter.

2 tiket kini dipegang kemas. Mata Ajay melirik ke kaunter popcorn dan beveraj. "Sabar" kata Chezzo kpd Ajay.

"Ya, sabar itu kunci kejayaan."

Melangkah dgn penuh berhati2 masuk ke hall wayang. Lokasi seatnya begitu strategik. Cantik terletak kemas di tgh2. Masih cerah.

Iklan mula terpancar di layar. Cahaya mula terpadam. Berdebar2 menanti thrill.

Ya, setelah 10 minit movie berjalan, mmg mencabar dan penuh thrill. Bertaburan bunyi kunyahan dan semerbak bau McD, KFC , pop corn dan nasik bungkus dari audiens sekitar. Sayup2 terdengar bunyi "alhamdulillah" berselang seli dgn sendawa.

"Sabar" kata Ajay kpd Chezzo.

Thursday, June 18, 2015

Di saat tibanya Romadhon

(Maafkan atas segala kesalahan tutur bahasa dan penaipan yang lemah
kerana entry ini dibuat selepas setahun usia entry terakhir sebelum ini.)

Di saat tibanya Romadhon 2007 di VWM maka berpusu2lah warga VWM membungkus
sahur di Restoran Syed di belakang Taman Permata.

Di saat tibanya Romadhon 2007 di VWM maka meriahlah lampu ketupat bulan dan bintang bekerlipan di atas kalendar vespa Ittalia separa fornonya.

Di saat  tibanya Romadhon 2007 di VWM maka berteraburan dan tercampaklah puntung-puntung rokok di laman rumah saat terlaungnya azan Subuh dari speaker masjid hadapan.

Di saat tibanya Romadhon 2007 maka 2 makhluq VWM berlipat silalah di perkarangan masjid menantikan bukaan puasa yang mampu menyelamatkan poket yg kosong.

Di saat tibanya Romadhon 2007 sebaik sahaja gaji masuk maka 2 makhluq VWM yang sentiasa berlipat silalah di perkarangan masjid spt di atas  hilang entah ke mana cuma muncul di VWM tatkala imam usai terawih di masjid 

Di saat tibanya Romadhon 2006 maka terhidanglah ayam rebus lantaran sahurnya seorg ahli VWM penggerak gym downline Awie Kampung Pisang.

Di saat tibanya Romadhon 2006 maka termuncullah nasi kerabu berwarna biru PKR ditransaksi di bazar Romadhon Bukuit Bintang koleksi Halimi Hamdan.




Di saat tibanya Romadhon...

Thursday, August 16, 2012

SALAM EIDULFITRI....

Buat ex-warga VWM yang gua kenali...

Prosper, Samel, Paiseh, Chez, Nadz abg taff, Medi, sapa nama mamat yang selalu kejut chez subuh tu?, Che Asang, Bendul, kawan Chez budak pahang keje salon tu pun sape ye?, dan lain-lain yang gua tak teringat....

Sebelum pergi bercuti...pulang ke kampung beraya...gua ingin memohon ribuan ampun dari mahap dari mengkome2 semua...gua juge ingin mengucapkan:
- Salam Eidulfitri
- Mahap zahir dan batin
- Halalkan makan minum....
- Pandu cermat jiwa selamat...
- Jgn menyiksa tikus lagi...sekarang hukuman dah naik...RM100k atau/dan penjara 3 tahun...prosper jaga2..

"allahumma balligna Ramadhan"......

Wednesday, June 20, 2012

Mati


Dah bulih dah tutup plahan2 ni dak??

Sape nak talkinkan nih?

Thursday, April 12, 2012

APA KHABARMU DISANA.....sayang!!!!

Apa khabarmu disana...
Sudah lama tak berjumpa....
Lama juga tidak bertable tennis bersama...
Sayang!!!....

Andai engkau merinduku...
Wassap2 la hensetku...
Bertangkis pun dah lama aku tak turu (sebenarnya turun...nak bagi ada rhythm je)
Sayang!!!!.......

Apa khabarmu disana....
Marilah kita berjumpa...
Bawalah seluruh keluarga...
Sayang!!!!...

HAHAHAHAHA....

Saturday, September 10, 2011

Sumpah Revealed

Yang belum pernah ditayangkan kepada umum.
Saksikan gelak syaitan AripSomat juga setannya Prosper.
Tak lupa juga interferen Singula.

Thursday, September 1, 2011

Riyuniyen~


Treeett... Treeettt...! - gua punye ensep bergetar.

1 new message. Azri019/

Opening message....



Eh Pais, alang2 lu dah sangap keje opis raye2 nih, updatekan blog vwm pasal bbuke nailis arituh. c.c. Shamil.



Ritual buka puasa vwmers dan ex-vwmers di nailis Sentul tanggal 24 Ogos 2011.
Seronok kemain dapat gather2 skali skala macamnih. Tahun depan tambah lagi ahli junior insyaallah.






Anok Aboh!

Thursday, June 16, 2011

SIAPA SAJE YANG ADA DI VWM

Siapa saje yang tinggal?

Paiseh?

Chez?

Adakah abang NAZAR akan sakit jantung?

Adakah tikus2 akan berteriak kerinduan?

NANTIKAN>>>>>>>

Wednesday, April 13, 2011

Biarlah VWM berkubur..

VWM - Villa Wangsa Melawati

Hanya bangunan usang milik abang nazar.

Mungkin dia tidak tahu...

Jamban tingkat atas sudah tidak berlampu.
Lid tempat bersimpuh masa berak sudah jadi kuning-kuning kelabu.
Singki condong bertongkat dagu.
Pintu jamban bawah sedah berkecai jadi seribu.
Lantai hall walaupun marmar tapi penuh pasir dan debu.
Udara rumah sarat dengan pelbagai bau.

Biarlah VWM berkubur..

Yang penting....

Semangat persaudaraan kita tetap SATU.



nukilan...

Gagak di rimba

Thursday, April 7, 2011

ADAKAH VILLA WANGSA MELAWATI BAKAL BERKUBUR?

5 tahun lalu....VWM sangat meriah....

Pelbagai penghuni...dengan pelbagai ragam....pelbagai latar belakang....pelbagai cerita...

Ada suka...
Ada duka...
Ada macam palat....
Ada juga semanis madu....

Ada juga penghuni tidak berdaftar....
Opsssss!!!lebih kepada tidak berbayar....
Menumpang bukan kepalang.....
Bukan nama sebenar...Adib The Series telahpun diterbitkan...

Sekarang hanya membilang hari...
Paiseh pula bakal buat kenduri...
Chez bila lagi?...takkan nak berjimak dengan Jazz dan Kawasaki...

Tapi yang pasti....
VWM....kenang daku dalam doamu...

p/s: singular (masih applicable ke ni)!!jom main pingpong

Monday, March 21, 2011

Encik Shamil - Tributasi fotografi


Selamat datang ke kelab orang dewasa.

Sekeping gambar semasa lu bujang sebagai kenang-kenangan.






Selamat pengantin baru.

Tahniah la bro. Semuga aman bahagia. Yang penting, iman lu telah menjadi satu atau dengan kata lain iman telah lengkap. Orang kampung lu dah makin berani la nak suruh lu jadi imam semayang kat surau. Tu pun kalu lu ade kampung la. Hahaha.

Tribute to Shamil (Marry in Peace...) vol.3

Vol.2 Arepsomat dah ambik.



"Memang gua buat kek ni besar2 tinggi2...


...nak kasi lu orang makan pun"



Selamat Hari Kebesaran SingularSong~

GUA PUN NAK TRIBUTE.....(TAHNIAH SINGULAR!!!)

Masih ingat lagi video ini....

Gua tujukan untuk Singular dan pasangannya...

Moga mahligai yang terbina, kekal utuh hingga ke akhir hayat....

SAMPAI SYURGA la hendaknya...

Sunday, March 20, 2011

Tribute to Shamil (Marry in Peace...)



Tahniah Uncle Shamil..




Aku terima nikahnya....Oh Yeaaaaahhhh...(to be kontineu bah...)




Saturday, January 8, 2011

Tahniah buat Dekonstruktor

setahun sebelum

1 / 1 / 11 (selepas)

p/s : kena start kumpul duit untuk trip ke johor...mungkin ke terengganu juga...dekonstruksi macam dah ada sinar2 berumahtangga ni...hehehe...


Begitulah madah si Arif Averous Dugaannya pada post yg lepas bertajuk Tahniah Buat Singular.

Memang benar apa yang diramal. Bak kata Umbrella, 'Ramalanku Benar Belaka.' Oh Yeah.

Tahniah kepada Hanif Karim. Dekonstruktor nama keyboardnya.

Kami warga VWM berharap agar pertunangan Hanif Karim ini bukanlah kerana pengaruh rakan sebaya, ataupun krisis pertengahan usia. Biarlah kerana cinta. Kerana Allah, pun boleh. (Gurau je Bang Long).

Semoga berbahagia. Darah manis bukanlah alasan untuk tidak menyentuh keyboard seterusnya mengupdate blog.

Tidak bersemut pun keyboard tersebut kalau disentuh.

Darah manis juga bukanlah alasan kalau smash Sabtu di malam Ahad tidak selaju biasa.

Nikmati kehidupan lebih drpd biasa, kerana status FB tidak akan bertukar kepada single.

Tapi tidak mengapa, kerana Dekonstruktor memang awet muda. Tahniah kerana bertunang akhirnya pada usia 30 namun gambar di atas memang nampak macam abang Form 6 heh.

Tahniah juga buat pasangan, Myra Miracle.

Jangan risau, Dekonstruktor low maintenance. (Dekonstruktor pernah bekerja di Deparment Maintenance, Low Yat)

Cuma Dekonstruktor boleh jadi high maintenance kalau ade sinki, basikal dan cermin di kediaman selepas kahwin nanti. Hehehehe....Biarlah rahsia hehehehehe....

Friday, December 17, 2010

Ahli Baru VWM

Timang timang anakku sayang
Buah hati Prosper se orang
Jangan menangis dan jangan merajuk sayang
Tenanglah tenang di dalam buaian

Betapa hati tak kan riang
Ingat kau bermain tikus dan tertawa
Mogalah jauh dari marabahaya sayang
Riang gembira sepanjang masa

Setiap waktu ku berdoa
Pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Jika kau sudah duduk rumah sewa
Hidupmu bahagia sentosa

Timang timang anakku sayang
Kasih hati permata Prosper
Tidurlah tidur pejamkan mata sayang

Esok hari bermain badminton kembali



- AQIF FIKRI BIN PROSPER -


Wednesday, November 10, 2010

Tahniah Buat Singular...

Gua dengan ini dengan bangganya ingin merakamkan jutaan tahniah buat saudara Singular yang baru sahaja menjadi tunangan orang....

Semoga ikatan pertunangan yang dibina akan terus utuh dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.....

Akhir sekali...terimalah

Kalau Berpacaran- Ana Rafalli feat Suhaimi Meor Hassan
Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
p/s : kena start kumpul duit untuk trip ke johor...mungkin ke terengganu juga...dekonstruksi macam dah ada sinar2 berumahtangga ni...hehehe...

Friday, September 24, 2010

Singular Singular


Terer jugak mamat ni mengaji ilmu menjelmakan diri secara dedua.
Siap baju lain2 pulak tu~