Wednesday, July 28, 2010

Tiada syahadah

Kelam kabut suasana dapur. Kelihatan susuk tubuh Averous berbaju pejabat sedang terkial2 menahan baldi ke dinding di tepi singki dapur. Tiba-tiba Prosper pulang.

"Prosper!!!! Tolong gua!!!" Jerit Averous dengan tangga suara Nahwan.

Prosper yang baru sampai sambil menjinjing bungkusan nasi lemak fulamak terkejut dengan jeritan itu. "Apsal Averous???" Prosper pula yang nampak cemas.

"Tolong aku cepat. Tikus kat belakang baldi ni. Cepat!!! Nanti dia lari!!!" Averous sudah hampir tewas dengan kudrat makhluk kecil itu.

Melihatkan keadaan Averous yang kian tewas, Prosper pantas berlari memberi bantuan.

"Aku datang!!!!! Hiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagh!!!!!"





Praaaaaaaaaaaaaaak!








Maka berakhirlah hikayat seekor tikus dengan kecederaan organ dalaman peringkat ketiga. Tiada syahadah~~~~

Saturday, July 24, 2010

Sangkar kecil di atas parking kereta

"Tuang la banyak sikit gile..." Kate Chezzo sambil membetulkan parking spender.

"Banyak dah ni.. Simpan sikit doh. Esok-esok nak pakai lagi." Jawab Prosper. Botol minyak tanah masih lagi di tangan. Sangkar kecil di atas parking kereta sesekali disepak-sepk dengan tujuan jahat.

Ces... Ces.... (bunyi lighter). Api lighter yang kecil itu membakar gumpalan suratkhabar. Perlahaan-lahan api kecil itu membakar kertas, kini semakin membesar.










Suara ketawa berdekah-dekah. Anjing biri-biri jiran depan hanya melihat dari jauh, menggelengkan kepala sambil beristighfar....

Thursday, July 22, 2010

Bila Raya Haji tidak dapat bercuti.....

Hari Raya Haji @ Ibadah Qurban lazimnya diraikan oleh umat Islam seluruh dunia bagi mengenangkan peristiwa bersejarah Nabi Ibrahim....yang mana beliau telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail.....rasa sedih dan pilu tidak terkata, namun kerana membuktikan teguhnya iman kepada Allah s.w.t, seruan tetap disahut tanpa rasa walau secalit keraguan dan ketidakpastian. Ini membuktikan betapa teguhnya iman para Anbiya' dan Rasul.

Begitu juga dengan warga VWM, kami juga percaya Ibadah Qurban harus disambut dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Tahun itu ada beberapa warga VWM yang tidak pulang ke kampung dek kerana cuti tahunan tidak diluluskan pihak majikan. Tahun itu ibadah qurban gua sambut bersama Prosper, Abu, dan Mijie.

Oleh kerana sebelah malamnya gua ditugaskan menjaga lembu2 dari dicuri atau lari, kepenatannya tidak terbayang, hingga gua tergelincir waktu solat sunat Aidiladha tahun itu. Tepat jam 9, gua lihat jam masih berdetik laju. Kedengaran sayup2 suara hilai dan gelak tawa Prosper dan Abu yang baru sampai ke VWM. Nampaknya mereka baru selesai bersolat sunat tanpa mengejut gua. Rasa marah berbaur geram, gua cuba ketepikan akibat tidak dikejut memandangkan hormatnya kepada hari mulia....

Zroommmm....kedengaran pacuan roda Gen 2 Mijie memarkir dihadapan VWM. "Jom korang, mari makan2 kat rumah aku!!"....seru Mijie. Gua yg tadinya asik terlentang di lapisan tilam segera bangkit mencari tuala untuk membersihkan diri. Bukan apa, gua pernah dengar ceramah, bila ada jemputan saudara seMuslim maka wajiblah kita menunaikannya. Jangan pula korang salah faham menganggap gua ni jenis yg suka makan free dan kenduri ye...ini sekadar penjelasan yang naif dari gua....

Kami disambut mesra oleh keluarga Mijie. Pelbagai juadah sedia terhidang, ada lontong, lemang, ketupat, rendang, sambal kacang, ayam2, dan macam2 lagi. Gua yang selalu mengamalkan teknik "makan selepas lapar, berhenti sebelum kenyang", terus saja menjamah makanan selepas doa dibacakan Abu. Tidak cukup dengan itu, kami juga mengambil kesempatan mencuba alat senaman baru yang bergetar2 dan mampu membuang lemak yang dibeli oleh Mijie. Bukan apa, mengikut pakar diet setiap kalori yg masuk harus dibakar segera. Hasilnya, kami kembali kurus seperti sedia kala.

Merayakan ibadah qurban di perantauan mmg memilukan...tanpa keluarga mahupun sanak saudara, sebak rasa jiwa. Demi untuk melupakan semua itu, kami ke Galaxy Ampang dan bersama2 menonton filem "Antoo Fighter", lengkap berbaju melayu, bersongkok dan bercapal Hang Tuah.

~bila dikenang kembali pasti menggamit memori~ heheheh

Wednesday, July 21, 2010

Aristocrat

Gua ada berita gembira untuk Singular.

Gua dah tau kat mana 'most wanted creature by Singular - Adib' berada...




Gua jumpa kat Shenzen itu hari. Kat wilayah Dong Men.
Gua tak sempat nak singgah. Bas laju sangat.



Sape2 yang masih kodi tak tau sape Adib dan sape Aristocrate sila ke belog Prosper.
Panjang lebar beliau reka cerita~

Tuesday, July 20, 2010

Toilet dan lampu..



Lama jugak toilet tak berlampu itu hari. Makan dua purnama gua rasa. Tapi jiwa kering warga VWM memang ketara. Gasaklah... Gelap pun gelap lah.


Mase nak shooot tu... Memang tawakal.


Kalu bunyi air lawan air, kire tepat la tu.
Kalu bunyi air lawan dinding, kena la pandai-pandai adjust.


Thursday, July 15, 2010

Elektrik dan VWM

Fuhhh. Alangkah indahnya bersantai di VWM. Keletihan bekerja selama
1 minggu terpadam begitu sahaja.


Begitulah suasana VWM pada Jumaat malam Sabtu. Rata - rata penghuni VWM
yang bekerja umpama babi dan anjing menjadi seperti seorang manusia pabila
Jumaat tiba. Esoknya hari minggu. Alhamdulillah.


Namun.....



11.00 pm. Saya yang keletihan terlantar di sofa. Shamil Singular masih belum pulang.
Hanif Yala pula sedang ralit melihat video - video koleksi saya di laptop kepunyaan Majikan.
Chezzo pula di tingkat atas. Entah apa aktivitinya, saya kelu tidak mengetahu. Tapi kekadang terdengar juga bunyi kekek ketawaan dan gerangan.


Papppp....Tiba-tiba suasana kelam keliwon....Lampu kalimantan terang-benderang kini tidak lagi menyala...Kipas berpusing pada kekadaran 5 kini 4 kini 3 kini 2 kini 1 dan terus perlahan...televisyen tiada cahaya dan suara...



Jiran di depan rumah bernama Osama menjerit, "Woi VWM, ade letrik tak?"
Kami membalas serentak, "Takdeeeeeeeee.....!!!!"













Setengah jam selepas itu, sedar - sedar kami bertiga (Saya, Shamil dan Hanif) tidur di hotel. Bayar ikut jam. RM20 sejam. Macam Gay. Sambil menanti miss call 'elektrik' dari Chezzo yang sanggup tidur bersama lilin.

Wednesday, July 14, 2010

Menjadi ayam mati

Kalu korang jemput dak VWM gi kenduri... Better jangan bagi goodies telor ayam rebus.

Kerana telur ayam itu akan terbiar berminggu-minggu di atas meja. Sehingga ia menjadi ayam mati.




Bau dia.... Pergh........................

Monday, July 5, 2010

Basikal Baru.....

Bila usia mula meningkat tanpa sekatan....

Bila senaman tidak dijadikan amalan harian...

Bila makanan dijamah dengan penuh selera tanpa mengendahkan carta piramid makanan....

Bila Prosper pulang dengan Coke minuman kegemaran ditangan...

MAKA....perut mula timbul ke depan...sang tikus pula tersenyum ceria melihat pemusnah mereka mula bergerak dengan effect slow motion....

Timbul pula idea untuk membeli basikal mountain bike untuk kegunaan harian...

Semuanya adalah idea cetusan si Prosper...

Satu malam yg damai....dengan yakin gua bertanya si Prosper:

"Prosper!! pinjam basikal...aku nak pergi 7E!!".....tanya gua dengan yakin.....yela...dulu kecik2 sering sahaja aku mengidolakan M.Kumaresan...berkayuh berbatu2 jauhnya...hingga sang anjing pun tercungap2 mengejar kayuhan emasku....

"Ok...pakailah...jangan lupa bertasbih sambil berkayuh...ingatlah kebesaran Illahi"...pesan Prosper....

Aku mula berkayuh.....

7E terasa jauh....

Sumpah penat!!!...gua dapat rasakan level fitness meningkat malam itu....SUMPAH TAK BERBASIKAL LAGI!!!! FUHHHHHHH

p/s: gaya mengambil selekoh Lance Amstrong agak mirip dengan gua malam itu

Saturday, July 3, 2010

Anak VWM Main Api - Koir Sesumpah

Anak VWM main api
Terbakar tikar Azri beli,
Air paip berkarah bercampurlah karat,
Tikar dapur dipijak milik orang.

Abang Nazar kaya raya (tuan rumah),
Terbarai seluruh harta benda,
Akibat celaka sesamalah kita,
Sinki toilet senget dah berzaman.

Indahnya esbok kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Air mengalir ke bawah sofa yang lain,
Anjing biri2 kencing berdiri.

Toilet bawah sungguh kelam,
Mentol lampu meletop dah beberapa malam,
Tertutuplah sangkar tikus akan mati,
Rusuk si Menti dah bersilang.

Kunci kita cuma tinggal di luar,
Di dalam poket baju besar,
Kalu tinggal kunci, pakai IC sendiri,
Selit IC korek sampai jadi.

Kita sudah tiada masa,
Kahwinlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
VWM kan gagah di nusantara

Friday, July 2, 2010

Klasik Hari Jumaat 2007


2007.


Chezzo si hairstylist masih bekerja di Sungai Wang. Bersama salon kepunyaan ayahanda Michael, Chezzo giat mengumpul kekayaan.


Segala kesusahan Chezzo tabah hadapi.

Waktu kerja Chezzo bermula pukul 11 pagi. Cuti pula hanya 1 hari seminggu. Itupun jatuh pada hari Rabu.


Sering kali Chezzo balik lewat malam. Kadang - kadang, Chezzo
sampai ke VWM pukul 11 malam. Kadang - kadang, Chezzo
balik pukul 8 malam. Itupun kerana customer kelas bawahan pula
sudah siap sedia menunggu sentuhan Chezzo di VWM pukul 9 malam.

Satu hari Jumaat:


Chezzo tidur nyenyak dari pukul 4 pagi. Balik lewat, ada 'event hairshow' katanya. Sungguh. Orang KL panggil 'tidur nyenyak kot.'

Chezzo keletihan. Biarkan dia tidur. Demi sesuap nasik, Chezzo gagahkan peniduran.
Tepat pukul 2pm, di satu suite exclusive VWM, Chezzo terjaga. Menggelabah.
Lewat pergi kerja katanya. Diterjahnya pintu bilik mandi. 5 minit kemudian,
lengkap berpakaian. Kuasa penampilan katanya.

Saya yang baru pulang dari masjid sambil membawa nasi bungkus kakak 'Nasik Degang Dua Hinggit' membaham tanpa menghiraukan Chezzo.
Sebelum membuka pintu VWM, Chezzo membaca doa sambil menadah tangan ke langit:


"Wa may yattaqillaha yaj alahu makhraja. Wa yarzuqhu min haisu la yahtasib. Wa may yatawakkal alallahi fa huwa hasbuh. Innallaha balighu amrih. Qad jaalallahu likulli shai in qadra."



Chezzo hafal Ayat Seribu Dinar. Alhamdulillah.
Semoga Chezzo beroleh harta kekayaan seadanya. Amin.

Sesi Shisha

Macam tiup vuvuzela dah.
Cuma tak payah pegang je~

Adibtocrate wanna be a billionaire - by Travie Mek Koi Cupin

Yeah.. come on! Sing along with me! Yeah!
Mr DJ! Gimme the original beat!


Oh yeah... OK? =D

I wana be a billionaire, So freakin Bad
Buy all the things I never had
I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the queen

Ohh everytime I close my eyes.
I see my name in shinning lights
A different city every night
Oh I, I swear the world better prepare
For when im a billionaire

Cooool! Ok Mr DJ, gimme the mean version!
To Aristocrate! Here is for you! VWMian, lets sing together!

Oh yeah... OK? =D

Adibtocrate wanna be a billionaire, so freakin bad
Spoilt all the things he ever touched
Adibtocrate wanna be on the cover of porn magazine
Wear boxer and show off to Dateeeens

Oh everytime we close account (kutip sewa daa..)
i see him running all the time ("oohh... nanti i bayar". Haram!)
Bullshiting different stories every night
Mak aih, i swear .. (Sumpah!)
VWM is a better place (oh yeah..)

If Adibtocrate is not even there

Ooohh ooo ooooh oooh

Now pick up call pun he don't dare

Ooohh ooo ooooh oooh

Dead or alive ke i dont care

Ooohh ooo ooooh oooh

We love mee rebus Pak munawer!

eh?

OK? =D

Thursday, July 1, 2010

Junaidah - 365 (tikus)

Jan Jan Januari cerita antara tikus dan Wangsa Ceria
Perangkap dibeli seawal bulan februari
Mac Mac Macam hukuman kelas pertama
Oh Arip alangkah indahnya
Nyawa tikus milik Kita

Mei Mei menyaksikan Paiseh Janji Binasa
Dekatkan dari api sumbu
Oh Jun

Ju Ju Julai nanti tulang
Azri rapatkan rusuk Ku silangkan
Janji bunyi berderai

Oh Tikus lah
Bendul kini menjelma
Api dapur dinyala
Bulu meninggalkan dia
Oh Tikus lah
Lupakah tragedi Oktober
Minyak tanah Chezzo menanti dengan bahang Bahagia

Di Di Disember Ini
Cuba Kita Kenang Kembali
Dosa Kita Berusia 365 Hari

Satu Malam di Villa Wangsa Melawati

Hari Jumaat di Villa Wangsa Melawati sememangnya Hari Sukan bagi warga Villa pada suatu ketika dulu.Pada waktu itu juga En. Hanif Karim masih muda bekerjaya sebagai Juruteknik komputer dan berkawan dgn Cik Lisa purple.Waktu itu jua blog En. Shamil masih lagi dalam krisis identiti Am I Single?,tidak seperti sekarang Im Not Single.

Dipendekkan cerita,selepas pulang beriadah bersama rakan-rakan villa, gua tidak terus pulang ke rumah. Sudah menjadi rutin gua akan singgah ke Villa sambil menikmati Air Coke dan Ais Batu yg di isi dalam Jug penuh dan berbuih seakan-akan air GUINNESS.(Guru Ugama Islam Negara Negara Eropah Semua Setuju) kata senior gua yang sudah bersara dari arena minuman keras ini dan menjadi imam ketiga surau kantor bank gua.

Lantaran keletihan yg amat ,gua pon tertidur di hall of fame VWM.En. Arep Samat pon gua lihat sudah lena diulit intan. Kedengaran dengkuran beliau yg mengasyikkan seolah2 seperti bertaranum.Kadangkala dengkuran beliau seakan akan kit’aah lagu Nahawan dan Baiyati yang begitu smooth sekali.

Tiba-tiba....

Prap!!!!!!!!

Gua terdengar ‘sesuatu’ jatuh berhampiran tangga.Gua tersedar...gua sangkakan tarannum En. Arep Samat dah sampai ke Lagu Hijjaz.Memang kuat betul. Tapi gua lihat En Arep Samat masih lagi bertarannum lagu Nahawand.Selang beberapa saat kemudian gua rasa ada suatu makhluk berbulu lalu di kaki gua.Gua dapat rasa bulu-bulu yg lebih tajam dari misai Inspektor A. Galak Gerak Khas. Tanpa berfikir panjang gua terus amik kunci kereta gua dan terus pulang ke umah.Terus gua tak mengantuk dan terus layan drama2 Melayu lakonan Wan Nor Azlin dan Nasha Aziz.

Arep Samat masih bertarannum...

azli! Namamu dikenang tidak sekali (sekali syair da)

tersebutlah kisah di sebuah negeri,
datanglah azri membawa azli,
bawak moto LC wajah berseri,
pandai ambil tiada memberi.

suatu hari memasak megi,
dia datang nak tumpang sekaki,
ikut hati memang tak bagi,
pandai ambil tiada memberi.

sumpah seranah di waktu pagi,
oleh chezzo yang malas nk mandi,
niatnya baik, kemahain lagi,
balasan diterima dicaci dimaki.

tapi kini tiada lagi,
nama azli terus dilupai,
datanglah paiseh sebagai ganti,
lenalah chezzo di pagi hari,

tiada dilupai kisah meggi
tiada tuan kemana pergi
almari diselongkar tiada terperi
hilanglah meggi simpanan azli

azli pulang muka berseri
hati heppi tiada terperi
berjumpa buahati sebentar tadi
almari dibuka mulut mencaci

tergelak sakan ijan dan medi
chezzo dah aku gelak sekali
begitulah juga dengan azri
kesian sungguh azli LC (dibaca- el si)

Sejenak Di Melaka

Che Hassan bukan sahaja cikgu rebutan tetapi juga memang bapa yang penyayang.
Nak bawa famili gi jalan2 memang tak berkira langsung.
Mithali2 pun, imej rempit2 tetap tak lekang.



Zoom sikit alas kaki beliau~





*Menara Taming Sari, Ramadhan 1430H

Ashiteru Kozaimas...Ok? (Sapa Maria Ozawa kepada Luna Maya)






























Koleksi Ashtray di VWM. Gaya. Tradisional.Klasik. Memikat hati. Lambang kesedihan sebaik selesai menghadiri kenduri kahwin kawan - kawan. Most of the collection bernilai



> RM5,000 pada tahun 2150.