Wednesday, July 21, 2010

Aristocrat

Gua ada berita gembira untuk Singular.

Gua dah tau kat mana 'most wanted creature by Singular - Adib' berada...




Gua jumpa kat Shenzen itu hari. Kat wilayah Dong Men.
Gua tak sempat nak singgah. Bas laju sangat.



Sape2 yang masih kodi tak tau sape Adib dan sape Aristocrate sila ke belog Prosper.
Panjang lebar beliau reka cerita~

Tuesday, July 20, 2010

Toilet dan lampu..



Lama jugak toilet tak berlampu itu hari. Makan dua purnama gua rasa. Tapi jiwa kering warga VWM memang ketara. Gasaklah... Gelap pun gelap lah.


Mase nak shooot tu... Memang tawakal.


Kalu bunyi air lawan air, kire tepat la tu.
Kalu bunyi air lawan dinding, kena la pandai-pandai adjust.


Thursday, July 15, 2010

Elektrik dan VWM

Fuhhh. Alangkah indahnya bersantai di VWM. Keletihan bekerja selama
1 minggu terpadam begitu sahaja.


Begitulah suasana VWM pada Jumaat malam Sabtu. Rata - rata penghuni VWM
yang bekerja umpama babi dan anjing menjadi seperti seorang manusia pabila
Jumaat tiba. Esoknya hari minggu. Alhamdulillah.


Namun.....



11.00 pm. Saya yang keletihan terlantar di sofa. Shamil Singular masih belum pulang.
Hanif Yala pula sedang ralit melihat video - video koleksi saya di laptop kepunyaan Majikan.
Chezzo pula di tingkat atas. Entah apa aktivitinya, saya kelu tidak mengetahu. Tapi kekadang terdengar juga bunyi kekek ketawaan dan gerangan.


Papppp....Tiba-tiba suasana kelam keliwon....Lampu kalimantan terang-benderang kini tidak lagi menyala...Kipas berpusing pada kekadaran 5 kini 4 kini 3 kini 2 kini 1 dan terus perlahan...televisyen tiada cahaya dan suara...



Jiran di depan rumah bernama Osama menjerit, "Woi VWM, ade letrik tak?"
Kami membalas serentak, "Takdeeeeeeeee.....!!!!"













Setengah jam selepas itu, sedar - sedar kami bertiga (Saya, Shamil dan Hanif) tidur di hotel. Bayar ikut jam. RM20 sejam. Macam Gay. Sambil menanti miss call 'elektrik' dari Chezzo yang sanggup tidur bersama lilin.

Wednesday, July 14, 2010

Menjadi ayam mati

Kalu korang jemput dak VWM gi kenduri... Better jangan bagi goodies telor ayam rebus.

Kerana telur ayam itu akan terbiar berminggu-minggu di atas meja. Sehingga ia menjadi ayam mati.




Bau dia.... Pergh........................

Monday, July 5, 2010

Basikal Baru.....

Bila usia mula meningkat tanpa sekatan....

Bila senaman tidak dijadikan amalan harian...

Bila makanan dijamah dengan penuh selera tanpa mengendahkan carta piramid makanan....

Bila Prosper pulang dengan Coke minuman kegemaran ditangan...

MAKA....perut mula timbul ke depan...sang tikus pula tersenyum ceria melihat pemusnah mereka mula bergerak dengan effect slow motion....

Timbul pula idea untuk membeli basikal mountain bike untuk kegunaan harian...

Semuanya adalah idea cetusan si Prosper...

Satu malam yg damai....dengan yakin gua bertanya si Prosper:

"Prosper!! pinjam basikal...aku nak pergi 7E!!".....tanya gua dengan yakin.....yela...dulu kecik2 sering sahaja aku mengidolakan M.Kumaresan...berkayuh berbatu2 jauhnya...hingga sang anjing pun tercungap2 mengejar kayuhan emasku....

"Ok...pakailah...jangan lupa bertasbih sambil berkayuh...ingatlah kebesaran Illahi"...pesan Prosper....

Aku mula berkayuh.....

7E terasa jauh....

Sumpah penat!!!...gua dapat rasakan level fitness meningkat malam itu....SUMPAH TAK BERBASIKAL LAGI!!!! FUHHHHHHH

p/s: gaya mengambil selekoh Lance Amstrong agak mirip dengan gua malam itu

Saturday, July 3, 2010

Anak VWM Main Api - Koir Sesumpah

Anak VWM main api
Terbakar tikar Azri beli,
Air paip berkarah bercampurlah karat,
Tikar dapur dipijak milik orang.

Abang Nazar kaya raya (tuan rumah),
Terbarai seluruh harta benda,
Akibat celaka sesamalah kita,
Sinki toilet senget dah berzaman.

Indahnya esbok kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Air mengalir ke bawah sofa yang lain,
Anjing biri2 kencing berdiri.

Toilet bawah sungguh kelam,
Mentol lampu meletop dah beberapa malam,
Tertutuplah sangkar tikus akan mati,
Rusuk si Menti dah bersilang.

Kunci kita cuma tinggal di luar,
Di dalam poket baju besar,
Kalu tinggal kunci, pakai IC sendiri,
Selit IC korek sampai jadi.

Kita sudah tiada masa,
Kahwinlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
VWM kan gagah di nusantara

Friday, July 2, 2010

Klasik Hari Jumaat 2007


2007.


Chezzo si hairstylist masih bekerja di Sungai Wang. Bersama salon kepunyaan ayahanda Michael, Chezzo giat mengumpul kekayaan.


Segala kesusahan Chezzo tabah hadapi.

Waktu kerja Chezzo bermula pukul 11 pagi. Cuti pula hanya 1 hari seminggu. Itupun jatuh pada hari Rabu.


Sering kali Chezzo balik lewat malam. Kadang - kadang, Chezzo
sampai ke VWM pukul 11 malam. Kadang - kadang, Chezzo
balik pukul 8 malam. Itupun kerana customer kelas bawahan pula
sudah siap sedia menunggu sentuhan Chezzo di VWM pukul 9 malam.

Satu hari Jumaat:


Chezzo tidur nyenyak dari pukul 4 pagi. Balik lewat, ada 'event hairshow' katanya. Sungguh. Orang KL panggil 'tidur nyenyak kot.'

Chezzo keletihan. Biarkan dia tidur. Demi sesuap nasik, Chezzo gagahkan peniduran.
Tepat pukul 2pm, di satu suite exclusive VWM, Chezzo terjaga. Menggelabah.
Lewat pergi kerja katanya. Diterjahnya pintu bilik mandi. 5 minit kemudian,
lengkap berpakaian. Kuasa penampilan katanya.

Saya yang baru pulang dari masjid sambil membawa nasi bungkus kakak 'Nasik Degang Dua Hinggit' membaham tanpa menghiraukan Chezzo.
Sebelum membuka pintu VWM, Chezzo membaca doa sambil menadah tangan ke langit:


"Wa may yattaqillaha yaj alahu makhraja. Wa yarzuqhu min haisu la yahtasib. Wa may yatawakkal alallahi fa huwa hasbuh. Innallaha balighu amrih. Qad jaalallahu likulli shai in qadra."



Chezzo hafal Ayat Seribu Dinar. Alhamdulillah.
Semoga Chezzo beroleh harta kekayaan seadanya. Amin.