Thursday, July 15, 2010

Elektrik dan VWM

Fuhhh. Alangkah indahnya bersantai di VWM. Keletihan bekerja selama
1 minggu terpadam begitu sahaja.


Begitulah suasana VWM pada Jumaat malam Sabtu. Rata - rata penghuni VWM
yang bekerja umpama babi dan anjing menjadi seperti seorang manusia pabila
Jumaat tiba. Esoknya hari minggu. Alhamdulillah.


Namun.....



11.00 pm. Saya yang keletihan terlantar di sofa. Shamil Singular masih belum pulang.
Hanif Yala pula sedang ralit melihat video - video koleksi saya di laptop kepunyaan Majikan.
Chezzo pula di tingkat atas. Entah apa aktivitinya, saya kelu tidak mengetahu. Tapi kekadang terdengar juga bunyi kekek ketawaan dan gerangan.


Papppp....Tiba-tiba suasana kelam keliwon....Lampu kalimantan terang-benderang kini tidak lagi menyala...Kipas berpusing pada kekadaran 5 kini 4 kini 3 kini 2 kini 1 dan terus perlahan...televisyen tiada cahaya dan suara...



Jiran di depan rumah bernama Osama menjerit, "Woi VWM, ade letrik tak?"
Kami membalas serentak, "Takdeeeeeeeee.....!!!!"













Setengah jam selepas itu, sedar - sedar kami bertiga (Saya, Shamil dan Hanif) tidur di hotel. Bayar ikut jam. RM20 sejam. Macam Gay. Sambil menanti miss call 'elektrik' dari Chezzo yang sanggup tidur bersama lilin.

No comments:

Post a Comment