Hari Jumaat di Villa Wangsa Melawati sememangnya Hari Sukan bagi warga Villa pada suatu ketika dulu.Pada waktu itu juga En. Hanif Karim masih muda bekerjaya sebagai Juruteknik komputer dan berkawan dgn Cik Lisa purple.Waktu itu jua blog En. Shamil masih lagi dalam krisis identiti Am I Single?,tidak seperti sekarang Im Not Single.
Dipendekkan cerita,selepas pulang beriadah bersama rakan-rakan villa, gua tidak terus pulang ke rumah. Sudah menjadi rutin gua akan singgah ke Villa sambil menikmati Air Coke dan Ais Batu yg di isi dalam Jug penuh dan berbuih seakan-akan air GUINNESS.(Guru Ugama Islam Negara Negara Eropah Semua Setuju) kata senior gua yang sudah bersara dari arena minuman keras ini dan menjadi imam ketiga surau kantor bank gua.
Lantaran keletihan yg amat ,gua pon tertidur di hall of fame VWM.En. Arep Samat pon gua lihat sudah lena diulit intan. Kedengaran dengkuran beliau yg mengasyikkan seolah2 seperti bertaranum.Kadangkala dengkuran beliau seakan akan kit’aah lagu Nahawan dan Baiyati yang begitu smooth sekali.
Tiba-tiba....
Prap!!!!!!!!
Gua terdengar ‘sesuatu’ jatuh berhampiran tangga.Gua tersedar...gua sangkakan tarannum En. Arep Samat dah sampai ke Lagu Hijjaz.Memang kuat betul. Tapi gua lihat En Arep Samat masih lagi bertarannum lagu Nahawand.Selang beberapa saat kemudian gua rasa ada suatu makhluk berbulu lalu di kaki gua.Gua dapat rasa bulu-bulu yg lebih tajam dari misai Inspektor A. Galak Gerak Khas. Tanpa berfikir panjang gua terus amik kunci kereta gua dan terus pulang ke umah.Terus gua tak mengantuk dan terus layan drama2 Melayu lakonan Wan Nor Azlin dan Nasha Aziz.
Arep Samat masih bertarannum...
demn jugak cerita lu ni bro..hahaha
ReplyDelete