Friday, July 2, 2010

Klasik Hari Jumaat 2007


2007.


Chezzo si hairstylist masih bekerja di Sungai Wang. Bersama salon kepunyaan ayahanda Michael, Chezzo giat mengumpul kekayaan.


Segala kesusahan Chezzo tabah hadapi.

Waktu kerja Chezzo bermula pukul 11 pagi. Cuti pula hanya 1 hari seminggu. Itupun jatuh pada hari Rabu.


Sering kali Chezzo balik lewat malam. Kadang - kadang, Chezzo
sampai ke VWM pukul 11 malam. Kadang - kadang, Chezzo
balik pukul 8 malam. Itupun kerana customer kelas bawahan pula
sudah siap sedia menunggu sentuhan Chezzo di VWM pukul 9 malam.

Satu hari Jumaat:


Chezzo tidur nyenyak dari pukul 4 pagi. Balik lewat, ada 'event hairshow' katanya. Sungguh. Orang KL panggil 'tidur nyenyak kot.'

Chezzo keletihan. Biarkan dia tidur. Demi sesuap nasik, Chezzo gagahkan peniduran.
Tepat pukul 2pm, di satu suite exclusive VWM, Chezzo terjaga. Menggelabah.
Lewat pergi kerja katanya. Diterjahnya pintu bilik mandi. 5 minit kemudian,
lengkap berpakaian. Kuasa penampilan katanya.

Saya yang baru pulang dari masjid sambil membawa nasi bungkus kakak 'Nasik Degang Dua Hinggit' membaham tanpa menghiraukan Chezzo.
Sebelum membuka pintu VWM, Chezzo membaca doa sambil menadah tangan ke langit:


"Wa may yattaqillaha yaj alahu makhraja. Wa yarzuqhu min haisu la yahtasib. Wa may yatawakkal alallahi fa huwa hasbuh. Innallaha balighu amrih. Qad jaalallahu likulli shai in qadra."



Chezzo hafal Ayat Seribu Dinar. Alhamdulillah.
Semoga Chezzo beroleh harta kekayaan seadanya. Amin.

No comments:

Post a Comment